Sunday, August 10, 2008

Mutiara diJari Ibu




“Menangis semalaman dan dan berendam air mata berkolam2 pun tidak akan sama dengan setitis air mata seorang ibu. Dari air itu jugalah disusukan aku. Dari air mata itu jugalah dia berdoa untukku. Dari air mata itu jugalah mengalir rasa rindu padaku. Ibu, kutahu apa dihatimu. Ingin sekali aku berlari mendakapimu, mengucup pipimu membenam rasa rindu. Namun kita berjauhan beribu batu. Kau disana menugguku dan aku di sini menuntut ilmu. Mencari kehidupan dan kejayaan untukku persembahkan padamu..”

Hati saya tiba-tiba berlagu rindu. Teringatkan ibu dikampung. Bagi saya teringatkan ibu tidak sama teringatkan kekasih. Ia lebih dari itu. Rindu pada ibu adalah satu ketenangan yang diletakkan dalam hati. Ketengan yang datang dari keredhaan Allah.

Ma, orang nak sembahyang sungguh-sungguh sampai ada tanda hitam kat dahi” ucap saya pada pada seorang insan yang bernama mak

“ Kita sembahyang ini kena ikhlas kerana Allah bukan kerana nak nampak hitam kat dahi” mak memperbetulkan qasad saya. Saya termenung

Dialog ini masih utuh di ingatan saya. Ketika saya masih kecil dan baru berjinak dengan ilmu agama, persepsi saya bahawa orang yang bertanda hitam didahi itu kuat sembahyang dan ibadah dan saya seakan mahu tanda itu di dahi saya. Waktu kecil, budak kecil suka melontarkan persoalan dan nasihat mak saya itu saya pegang sehingga sekarang.

Ketika ini saya dibuai rasa rindu yang maha hebat terhadap ibu saya. Kerinduan ini melimpah-limpah ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran. Melimpah sehingga membasahi mata.

“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa” (annisa’ : 36)

Wajah redup ibu meneduhi jiwa saya. Sejuk tanpa salji hangat tanpa bara. Bagaimana seorang ibu mampu menjaga dan memenuhi keperluan 10 orang anak-anaknya. Saya dihujani rasa bersalah kerana kurangnya memahami perasaan seorang ibu. Air matanya sudah kering dengan tangisan. Mata ibu bila memandang pada anaknya, disertakan dengan sejambak harapan dan sekalung doa. Sepasang mata ibu sungguh menyejukkan dan ia satu pemandangan yang indah. Sederhaka manapun anaknya seorang ibu tetap menghamparkan kasih sayang.


Saat ini saya merindui nasihat seorang ibu. Sesungguhnya tiada warna yang mampu melukis pengorbanan seorang ibu. Hanya air matalah pewarnanya.


Ibu... ampunkan daku andai kehadiranku di dunia ini tidak mampu membahagiankanmu. Andai air mata yang kau tumpahkan itu adalah titis penyesalan. Didiklah aku ibu, aku masih jauh dengan Tuhan. Lidahku masih kaku bersyukur. Hatiku masih berdebu. Rinduku masih bukan padamu. Belailah aku ibu, seperti mana masa dulu. Kurindukan kehangatan tanganmu yang mendodoiku. Ingin aku berada dalam ribaan mu. Andainya esok ku menjadi tanah sebelummu, taburlah doa dipusaraku ibu.


Ibu.. akan ku anyam dan ukir pengorbananmu untuk anak-anakku. Akan ku dewasakan mereka dengan khazanah ilmumu. Berhentilah menangis ibu. Ukirlah senyuman dibibir delimamu. Agar bersemi doa disitu.

Andai dikumpulkan seribu wanita untuk menggantikanmu dihatiku, tidak akan sama denganmu.
Panjatkanlah doa padaNYA wahai ibuku agar ku menjadi anak yang kental. Mujahid yang berazam dan pemuda yang teguh. Agar aku mampu berjalan tanpamu disisi. Agar aku sentiasa diredhai dirahmati.

Dalam sisa perjalanan ini, ukirlah peta ke daerah itu agar dapat nanti aku menyusuri jalanmu.

Jemari: Ibu, andai nanti ku karam di samudera perjuangan ini, redhokanku karam kedasar yang paling dalam dan menjadi mutiara yang paling mahal dan berharga untuk disarungkan dijarimu yang sentiasa mendoakanku….

Friday, August 1, 2008

Jenguk dari Jendela Tarbiyah



Minggu yang sibuk,hari-hari yang agak kalut. Dokumen dan surat-surat bersepah di meja. Saya menyandarkan kepala ke kerusi. Mencari sedikit kerehatan. Kerehatan yang sekejap. Kopi radix pun terasa sedikit pahit,tapi sedap. Riuh rendah suara komiti bergema di OR( operation room). Ada yang sibuk meeting,ada yang sibuk browsing,ada yang sibuk calling. Dicelah-celah kesibukkan ini saya menyempatkan diri untuk mengacau air. Menyegarkan tekak yang berkarat. Memang satu minggu di akhir Rejab ni, kesibukkan menghambat. Islamic Reveal Knowledge and Heritage Student Society kuliyah tempat saya belajar mengadakan banyak program. Bukan badan sahaja yang terasa letih tapi otak pun terlibat sama, terkena kesan sampingan ketepuan. Otak menjadi tepu. Beginilah kehidupan. Saya bukan ingin bercerita mengenai kesibukkan. Kalau saya sibuk anda lagi sibuk. Tapi jangan sampai mabuk.Orang lain lagi sibuk. Apa yang penting bagaimana kita menguruskan waktu sibuk tersebut. Bagaimana kita mengisi jiwa yang sibuk agar tidak berhabuk.





Kekecewaan menancap prinsip saya. Persoalan bermain di mata. Sejak tingkatan 1 hingga masuk U sibuk memanjang, apa yang saya dapat? Itu persoalan besar bagi saya. Sudah penat membuat dan mengatur program tapi apa sebenarnya yang kita mahukan? Perasaan bersalah memukul jiwa saya. Kita ghairah membuat program berkiblatkan tarbiyah. Itu dalam kertas kerja. Tapi dalam gerak kerja? Sepatutnya dan seharusnya semakin kita mentarbiyah orang jiwa kita semakin cinta pada Allah. Hati kita semakin lembut dengan manusia. Tapi kenapa terasa jiwa kosong? Kita sibuk membina bangunan yang hebat, masjid yang indah tapi kita tidak mengisi bangunan dan masjid itu dengan kecintaan dengan Allah. Alangkah sia-sianya kerja ini. Kita berlumba-lumba untuk melengkap jadula almanec sekadar melaksanakan program yang telah dirangcang berbulan2. Menghabiskan banyak wang..Tapi kita hanya mengharapkan natijah zhahiri tapi kita sampingkan natijah ruhi.


Sebentar tadi baru saja saya dan kawan-kawan(ashran dan azizu) menggantung banner. Disekitar banner kami berpuluh2 banner telah dipasang. Bermakna beratus2 program dalam pelaksanaan di sini. Hati berdengus. Taman ilmu dan budi ini terlalu banyak program. Which is good in other part. Tapi saya tidak merasa kesan daripada program2 tersebut. Andai kata beratus program ini berisi tarbiyah dan ukhuwah, saya rasa tidak ada lagi bunga2 yang layu di Taman ini. Tapi itu tidak terjadi. Kemana hala tuju program2 kita? Hanya mengisi jadual tahunan dan menghabiskan duit. Berjayakah program ini melahirkan modal insan yang beriman?


Saya mula risau, takut2 usaha yang dijalankan selama ini tidak dipandang Allah. Takut2 program yang gah seperti gunung selama ini,akhirnya menjadi debu ditangan Allah. Bagaimana pula dengan amalan kita yang lain?Solat,puasa,sedekah dan sebagainya? Kenapa kita tidak semakin mendekat dengan Allah sedangkan tak kalah kita beribadat?



Sesuatu terdetik dihati saya. Cukuplah dengan program ini. Ambil masa untuk majukan diri dengan tarbiyah yang sebenar.Program hanya rangka. Kapal tanpa isi adalah sia2.Tanpa nakhoda akan binasa. Kalau sebelum ini kita dimuliakan dengan pangkat dan jawatan..cukuplah..carilah kemuliaan dengan ilmu. Ilmu itu pengisi dada. Dada itu sarangnya iman.Iman itu buah dari tarbiyah. Kalau iman berbuah punah, segala program yang kita buat tidak akan ada roh.

Saya bersyukur kerana Allah mencipta tanah yang lembut dan mudah digembur. Menyerap air, benih ditabur akan subur. Saya berdoa agar Allah menjadikan hati saya lembut dan mudah digembur agar iman yang yang ditabur akan mekar subur.

"Ingin saya jenguk semester ini dengan hati agar lebih berhati-hati" tekad hati saya


Jemari: Aku rindukan tarbiyah,bicara yang hikmah,hati yang bermujahadah..

Wednesday, July 30, 2008

insan disisi Sheikh Syed Hawa



Wawancara dijalankan dan ditulis dalam bahasa Arab. Diterjemahkan secara ringkas oleh Sdr Said Muhammad, Jabatan Usuluddin, Fakulti Syari'ah, Universiti Mu'tah. Ummu Muhammad adalah isteri kepada pejuang gerakan Islam yang terkenal, berasal dari Syria iaitu Syeikh Sa'id Hawwa RahimahuLLAH. Terjemahan ini turut dimuatkan di dalam buku Puteriku


Ummu Muhammad Bercerita Tentang Kehidupannya Dengan as-Syeikh Sa’id Hawwa
( hasil pertemuan sekumpulan Muslimat Malaysia bersama Ummu Muhammad pada 5 Feb 2000 M )

Soalan :
Boleh tak Ummu Muhammad ceritakan pada kami tentang kehidupan Syeikh Sa’id Hawa secara terperinci ?

Jawapan :
Syeikh RahimahuLLAH amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi. Oleh itu, selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan. Anak-anaknya masih kecil belaka ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978. Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan dengan 4 orang anak , 3 lelaki dan seorang perempuan,Muhammad, Ahmad, Mu’az dan Fathimah; alHamdulILLAH. Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak. Justeru, apabila beliau keluar dari penjara maka beliau mendapati anak-anaknya telah membesar di bawah tarbiyah yang baik.

Setiap pagi, beliau akan meluangkan masa bersama anak-anak dan kadang kala sekitar pukul 9 ke 10 malam. Manakala waktu selebihnya adalah untuk urusan dakwah, menulis dan mengarang. Saya akan membantunya dalam beberapa aspek : Jika dia mengarang maka saya akan menaipkan untuknya dan alHamdulILLAH kami mampu menghasilkan beberapa kitab. Beliau juga tidak pernah mengabaikan aspek tarbiyah anak-anaknya bahkan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk berkelah dan sepanjang perkelahan tersebut beliau akan mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan anak-anak.Kebiasaannya kami berkelah pada hari Khamis manakala hari Jumaat kami akan berada di rumah.Hakikatnya sesiapa yang mengatur waktunya , pasti dia akan mendapat faedah yang banyak dari aturan tersebut.

Soalan :
Bagaimanakah corak kehidupan kamu sekeluarga di Jordan ?




Jawapan :
Pada tahun 1978 kami berhijrah ke Jordan. Kehidupan kami di sini dipenuhi dengan kerja-kerja dakwah hinggakan anak-anak beliau di samping menuntut ilmu turut membantu beliau terutamanya dalam melayan tetamu beliau yang ramai dan dari pelbagai tempat. Muhammad dan Ahmad telah berumahtangga dalam usia yang masih muda. Muhammad ( Abu Sa’id ) berkahwin ketika berusia 19 tahun dan begitu juga dengan adiknya, Ahmad ( Abu Ja’afar ). Isteri kedua-duanya selepas diajar cara menggunakan mesin taip, turut membantu menaip tulisan-tulisan Syeikh RahimahuLLAH dan hasilnya buku-bukunya disiapkan segera.

Antara kitab-kitab karangan beliau : JunduLLAH-Thaqofatan wa Akhlaqon, Silsilah al-Usul Thalathah:Allah Jalla Jalaluhu;ar-Rasul;al-Islam. Ini adalah buku yang ditulis sebelum kami keluar dari Syria ke Sa’udi selama 5 tahun dan di sana kami mengambil peluang dalam bidang ilmu, belajar dan mengajar. Sekembalinya ke Syria, beliau dipenjarakan dan ketika itu suasana di Syria agak tegang. Namun saya tetap menjalankan kerja saya sebagai guru subjek Bahasa Arab malah saya cukup sedar akan tanggungjawab yang terpikul di bahu saya ketika itu.

Seterusnya kitab-kitab beliau : Silsilah al-Asas fil Manhaj – al-Asas fit Tafsir , al-Asas fis Sunnah wa Fiqhiha, al-Asas fil Qawa’id al-Ma’rifah wa Dhowabit al-Fahm wa lin Nusus. Silsilah at-Tarbiyah wat Tazkiyyah was Suluk – Tarbiyatuna Ruhiyyah, al-Mustakhlos fi Tazkiyatul Anfus, Muzakkirat fi Manazilus Siddiqin war Rabbaniyun. Silsilah fil Fiqh ad-Dakwah wal Bina’ wal ‘Amal Islami – JunduLLAH Thaqofatan wa Akhlaqon, Min Ajli Khutwatun ilal Amam ‘ala Thoriqil Jihad al-Mubarak, al-Madkhol ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimin, Jaulat fil Fiqhain al-Kabir wal Akbar wa Usuluhima, Fi Aafaqit Ta’alim, Fusul fil Imrah wal Amir, Rasail Kai La Namdhi Ba’idan ‘an Ihtiyajat al-‘Asr ( menghimpunkan 11 surat ). Kitab Hazihi Tajribati wa Hazihi Syahadati membicarakn tentang kehidupannya secara khusus. AlhamduliLLAH, saya sangat gembira dengan membantunya menulis dan mengarang, manakala anak-anak pula sibuk menaipnya. Kerja yang paling banyak sekali dilakukan mulai selepas solat Subuh iaitu beliau akan membaca al-Qur’an dan seterusnya kitab-kitab lain dan dituruti dengan menulis. Selanjutnya waktu yang berbaki digunakan untuk kerja-kerja dakwah dan menyambut tetamu.


Soalan :
Apakah antara kenangan indah bersama Syeikh RahimahuLLAH ?

Jawapan :
Kehidupan saya bersamanya sangat bahagia kerana dipenuhi dengan amal malah tiada langsung waktu yang tersia. Kami tidak pernah jemu dengan kehidupan kami yang dipenuhi dengan mengarang, menulis, berdakwah, menyambut tetamu dan setiap Khamis kami berkelah. Malah saya tidak pernah menempuh sebarang kesusahan pun sepanjang bersamanya. Untuk makluman, saya lulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Damsyiq namun saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerja dengan suami saya malah kami penuhi hari-hari kami dengan gembira tanpa sebarang pertelingkahan. Dia sering keluar berdakwah ke Jerman, Amerika, Pakistan dan Kuwait serta beberapa tempat lain manakala saya pula lebih suka tinggal menjaga anak.

Soalan :
Bagaimanakah beliau mengenali Ummu Muhammad ?

Jawapan :
Awalnya, saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya . Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria , kemudian demonstrasi Hammah , masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali. Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Sa’udi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan. Saya hanya melahirkan keempat-empat anaknya sebelum beliau dipenjarakan namun apabila keluar tidak lagi kerana beliau sakit kencing manis dan tubuh badannya lemah akibat seksaan serta tekanan di penjara.

Lantaran itu , beliau menumpukan tenaganya dan masanya pada jihad, dakwah dan musafir. Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Beliau sering bersama sahabat dan rakan seperjuangannya. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya selalu akan berpesan setiap kali beliau ingin keluar ‘ Allah ma’ak ’ dan apabila tetamu datang ; saya akan ucapkan ‘Ahlan wa Sahlan’ . Jika dikunjungi keluarganya , saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke RahmatuLLAH 4 bulan lebih selepas Syeikh RahimahuLLAH meninggal.

Soalan :
Berapakah bilangan adik beradik Syeikh RahimahuLLAH ?

Jawapan :
Beliau mempunyai 4 orang adik beradik perempuan dan 6 adik beradik lelaki. Sebahagiannya tinggal di Jordan, ada juga yang tinggal di Sa’udi dan masih ada juga yang tinggal di Syria. Keluarganya tidak dapat duduk setempat disebabkan keadaan dan suasana politik Syria yang menekan dan menindas rakyatnya. 5 tahun beliau dipenjarakan dan semua mulut seolah terkunci. Kami yang mengajar di sekolah-sekolah tidak boleh membincangkan apa pun melainkan pelajaran sahaja. Contoh tekanan yang kami hadapi di Syria, abang saya di Syria merupakan guru Syari’ah, dia telah mengajar selama 2 tahun namun dipaksa berhenti. Satu peruntukan undang-undang ditetapkan dan beliau tidak dibenarkan mengajar dan hanya duduk di rumah tetapi tetap mendapat gaji. Semua ini berlaku kerana pihak yang berkenaan mendapati beliau sering melakukan perbincangan dan diskusi dengan para pelajar. Kadang kala beliau dibenarkan berkhutbah, dengan syarat khutbah tersebut berdasarkan teks yang mereka sediakan sahaja. Beginilah senario di Syria, seseorang khatib yang berilmu dan mempunyai thaqofah yang luas tidak boleh menyampaikan khutbahnya melainkan berpandukan teks yang dibekalkan sahaja.

Soalan :
Bagaimanakah perasaan Ummu Muhammad ketika Syeikh RahimahuLLAH ditangkap dan dipenjarakan ?

Jawapan :
Ketika itu, harapan dan pergantungan saya hanyalah pada Allah, dan saya tidak sekali pun hilang kawalan diri. Harapan saya agar beliau segera keluar dari penjara dan boleh menyambung semula kerja-kerja dakwah beliau. Saya tetap meneruskan pendidikan terhadap anak-anak sebagaimana biasa dan menggunakan pelbagai wasilah pendidikan seperti kaset-kaset al-Qur’an dan kisah-kisah agama. Mereka mula menghafaz al-Qur’an ketika berusia 5 tahun dan kini, tiga daripada mereka telah pun Hafiz al-Qur’an malah mempraktikkan isi kandungannya, alHamdulILLAH. Selepas 2 bulan beliau keluar dari penjara, adiknya Mahmud, seorang pemuda soleh, melihat beliau di dalam mimpi dibunuh dan mati syahid. Dia melihat bahawa Jordan lebih baik dan beliau menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum ke Jordan. Setibanya di Jordan, selepas menziarahi sahabat dan kenalannya, beliau ditangkap dan dilarang kembali ke Syria. Maka sejak itu, iaitu tahun 1978 , kami mula menetap di Jordan.

Soalan :
Apakah aturan pendidikan untuk anak-anak Ummu Muhammad ?

Jawapan :
Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek tauhid dan ibadat. Ajari mereka al-Qur’an dan mulakan dengan surah al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara-perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil. Tarbiyah dalm aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut akhlak mereka, oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah. Jika sudut agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih, dan masalah ini lebih ketara pada anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian, menutup aurat, solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.

Datuk dan pak cik saya merupakan Wali Allah dan kewalian mereka terzahir di saat kematian mereka. Saya dididik dengan agama semenjak kecil dan sebaik mengahwini Syeikh RahimahuLLAH saya tidak berhadapan dengan sebarang masalah atau berasa pelik. Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersamanya adalah sama , samada dari segi pakaian , kerja dakwah, penulisan dan menyambut tetamu; lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentiasa, in sya Allah ; adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan Kalimah Allah Ta’ala.

Soalan :
Bagaimanakah bentuk kehidupan Ummu Muhammad dan Syeikh RahimahuLLAH sebagai pasangan suami isteri ?

Jawapan :
Kami bersama-sama memanfaatkan masa dan menunaikan haknya dan tidak wujud sebarang pembaziran. Contohnya , jika kamu keletihan jangan kamu berehat terus sebaliknya lakukan sesuatu yang menyenangkan dan tidak meletihkan seperti sambil kamu duduk , kamu menulis sesuatu yang berfaedah. Atau letakkan anak kamu di sisi dan kamu ajari mereka sesuatu. Jika dikunjungi tetamu, segerakan penyediaan hidangan mereka. Ataupun jika kamu dikunjungi tetamu secara mengejut, bersedia menyambut mereka. Kesimpulannya, kamu perlu sentiasa berusaha manfaatkan waktu.

Kami akan membaca al-Qur’an selepas solat Subuh dan kemudian meluangkan masa untuk penulisan selama 2 jam tetapi ini kebiasaannya di waktu cuti. Jika waktu persekolahan, kami hanya akan menulis sekembalinya dari sekolah jika tiada tetamu yang berkunjung. Jika beliau bekerja sendirian, sibuk dengan membaca kitab-kitab lama, saya akan menjalankan kerja-kerja asas rumah dan mengajar anak-anak. Beliau sentiasa meluangkan masa menziarahi kaum kerabatnya pada hari Jumaat. Inilah rutin kami semenjak kami mendirikan rumah tangga.

Pernah sekali saya bermimpinya ketika beliau masih dalam bilik kecil dan sempit di penjara. Dalam mimpi itu seolah-olah saya berdiri di hadapan bilik kurungan tersebut dan pintunya terbuka. Saya melihat cahaya memancar dari bilik tersebut dan timbul ketenangan dari dalam hati saya bahawa al-Qur’an yang dihafaznya menjadi pembantunya. Beliau dikurung di situ selama 9 bulan dan selama tempoh itu beliau tekun mengulangkaji al-Qur’an. Tidak berapa lama selepas itu beliau dikeluarkan ke penjara yang lebih besar yang dihuni oleh orang lain. Selepas 5 tahun beliau dibebaskan dan ramai yang tidak percayakan peristiwa tersebut melainkan setelah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka semua meraikan pembebasan Syeikh RahimahuLLAH di rumah keluarganya.
Soalan :
Berapakah umur Ummu Muhammad ?

Jawapan :
Suatu perkara yang amat mengejutkan namun mengembirakan saya sebaik mendapat tahu di waktu kami dikahwinkan, bahawa kami mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu pada bulan September 1935. Beliau tidak terkejut dengan maklumat tersebut. Beliau meninggal ketika berusia 54 tahun.

Soalan :
Apakah pesanan terakhir beliau untuk keluarganya ?

Jawapan :
Beliau sentiasa berpesan agar ikhlas dalam setiap perbuatan. Beliau juga menekankan saya untuk mengutamakan anak-anak dan memantau agar proses pendidikan mereka tidak terbantut. Inilah satu-satunya pesanan beliau dan alHamdulILLAH mereka semua mampu meneruskan pengajian mereka dengan sempurna. Kini ketiga-tiga anak lelakinya menjalankan urusan agama untuk kepentingan Islam dan umatnya , in sya Allah.

Soalan :
Bagaimanakah Syeikh RahimahuLLAH mengimbangkan antara ibadah dan kerja-kerja dakwahnya; dan apakah peranan Ummu Muhammad untuk itu ?

Jawapan :
Jika perkara-perkara fardhu, pastinya beliau akan menunaikannya di mana-mana sahaja beliau berada dan begitu juga dengan ibadah zakat, walaupun hartanya sedikit namun beliau akan tetap mengeluarkan zakat sebelum tiba waktunya. Begitu juga dengan sedekah. AlHamdulILLAH anak-anaknya membesar dengan sistem ini. Ibadah haji pula , kami kerjakan sebanyak 5 kali beserta umrah sepanjang 5 tahun kami tinggal di Sa’udi.

Dalam urusan kerja-kerja dakwah, ia perkara rutin dan biasa hinggakan anak-anaknya turut terbiasa dengan kerja-kerjanya. Beliau tidak pernah menghadapi kesukaran menyuruh anaknya melakukan sesuatu malah setiap kali beliau bersama-sama mereka dan berdialog dengan mereka, pasti beliau akan memperolehi respon yang positif dari mereka. Dalam seminggu beliau memperuntukkan sekali atau dua kali waktu selepas Subuh untuk mengajar anak-anaknya dan antara yang diajarnya adalah kitab Jauharah at-Tauhid dan kitab al-Hikam al-‘Atho’iyyah. Jika ada peluang untuk belajar, beliau tidak akan menghalang malah menggalakkan anak-anaknya untuk melazimi syeikh-syeikh.Bahkan beliau juga membimbing dan mencadangkan kepada anak-anaknya beberapa syeikh-syeikh untuk mengajar mereka dalam bidang feqh, dan bidang-bidang lain yang merangkumi aspek mu’amalah dan agama.

Adalah menjadi suatu kewajiban bagi Muslimah untuk menggunakan seluruh waktunya dengan bermanfaat. Setiap kali dia mempunyai masa lapang, dia perlu merancang pengisiannya sejak awal. Apakah yang perlu dilakukannya jika mempunyai masa lapang ? Tentunya dia perlu bekerja, mengulangkaji pelajaran, atau mengajar anak-anaknya atau menziarahi kaum kerabatnya. Setiap kali dia berpeluang untuk memanfaatkan masanya untuk kebaikan Islam, dia perlu melakukannya. Begini juga peranan yang saya mainkan ketika ziarah, yang mana saya pastikan siri ziarah tersebut berfaedah. Ziarah juga boleh menjadi sebahagian dari urusan agama apabila masa ziarah tersebut dipenuhi dengan persoalan dan perbincangan yang berkaitan pelbagai perkara berfaedah. Malah ziarah tersebut boleh diisi dengan bertadabbur dengan surah-surah tertentu. Inilah asas yang perlu dipraktikkan dalam ziarah, dan kita berkewajiban untuk saling mengambil tahu urusan agama kita tanpa mengira umur , jantina dan taraf bujang atau telah berumahtangga.

Soalan :
Apakah pandangan Ummu Muhammad tentang pengajian sains dan bidang-bidang ilmu yang lain ?

Jawapan :
Bagi saya, tidak ada sebarang halangan ke atas kita untuk menuntut ilmu-ilmu lain selain ilmu agama termasuklah terhadap wanita sendiri. Akan tetapi wajib baginya paling kurang mampu menguasai beberapa aspek agamanya walaupun ilmu tersebut tersebut terpaksa diperolehi dengan cara membaca dan merujuk atau dengan menghadiri pengajian agama di masjid-masjid atau di rumah-rumah jika ada. Setiap kali berhadapan dengan sesuatu kemusykilan, dia perlu berusaha mencari jawapannya sebaik mungkin. Begitu juga sekiranya dia menguasai satu bidang dari ilmu dunia, dia juga perlu menguasai bidang-bidang yang lain, asalkan tidak bertentangan dengan Islam. Kini kita dapati ramai Muslimah yang menuntut ilmu keduniaan dan mengenepikan ilmu agama lalu mereka kurang pengetahuan tentang agama mereka sendiri hinggakan ada yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika wudhu’ , thoharoh dan solat.

Fenomena seperti ini dapat kita saksikan ketika solat terawih di bulan Ramadhan yang mana ramai Muslimah mengerjakannya tetapi sayangnya mereka tidak menutup aurat dengan sempurna ketika solat. Malah ada juga yang tidak tahu untuk rukuk dan sujud dengan betul. Ada juga yang hanya mengutamakan solat tapi mengabaikan aspek cara bacaan ayat al-Qur’an. Hakikatnya , sejak di peringkat permulaan lagi kamu perlu melatih diri mempelajari al-Qur’an dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Kamu juga perlu memperbaiki bacaan al-Qur’an setiap masa namun bukan secara sendirian sebaliknya dengan menuntut dari guru yang berkepakaran dalam bidang bacaan dan tajwid al-Qur’an. Setiap ilmu yang kamu pelajari sepatutnya tidak menghalang kamu mendalami agama kamu sendiri. Pesananku kepada setiap Muslimah tekankan diri kalian dengan didikan agama , begitu juga ke atas anak-anak kalian, jiran-jiran dan kerabat serta sebarkan kebaikan. Laksanakan juga al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Munkar dengan cara berhikmah kerana jiwa-jiwa manusia tidak boleh dilentur dengan kekerasan. Namun semua ini mestilah selepas kamu menguasai ilmu Tauhid dan kehambaan dengan baik dan faham.

Soalan :
Akhirnya, apakah kunci kejayaan dalam mendidik anak-anak ?

Jawapan :
Mulakan mendidik mereka dengan pengajian agama, sebaik-baiknya dimulai dengan al-Qur’an. Jika kamu mampu mendidik mereka di peringkat awal dengan al-Qur’an maka kamu akan mampu meminta dan melakukan apa sahaja dengan mereka dalam proses pendidikan. Selain itu kamu juga perlu menggunakan dan mengaplikasikan segenap wasilah dan alat bantuan mengajar mengikut peringkat umur dan tahap mereka. Akhirnya, sama – sama kita panjatkan doa kepada Allah agar menjadikan kita semua sebagai pendakwah kepadanya di mana sahaja kita berada. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Malah kita pohon taufiq-Nya buat kami dan anda semua di setiap bidang dan lapangan kehidupan , agar disampaikan ke perjalanan menuju kebenaran dengan keikhlasan dan keteguhan jiwa. Wassalamu’alaikum wa RahmatuLLAHi wa barakatuhuWawancara dijalankan dan ditulis dalam bahasa Arab. Diterjemahkan secara ringkas oleh Sdr Said Muhammad, Jabatan Usuluddin, Fakulti Syari'ah, Universiti Mu'tah. Ummu Muhammad adalah isteri kepada pejuang gerakan Islam yang terkenal, berasal dari Syria iaitu Syeikh Sa'id Hawwa RahimahuLLAH. Terjemahan ini turut dimuatkan di dalam buku Puteriku

Saturday, July 26, 2008

Belajar Dari Pejuang Kehidupan



Alhamdulillah dirafa'kan pada ALLAH kerana diberikan waktu firagh untuk saya berpencak di ruangan ini. Sudah sekian lama membiarkan ruang ini sunyi tanpa enrty baru,Allah meminjamkan saya sedikit waktu lapang. Saya memohon maaf pada pengunjung yang singgah kerana tidak sempat untuk update blog ini. Saat-saat awal semester ini banyak yang perlu dibereskan.Menyempitkan waktu untuk diri sendiri buat seketika. Lagi pun laptop saya ni ditinggalkan di rumah kakak saya. Terperuk di satu sudut bilik. Malas rasanya mengilik ke kampus. Assingnment pun belum bertimbun lagi. Hujung minggulah saya sempat meluangkan masa bersama laptop ini. Kadang-kadang merajuk juga benda ni. Alahai cik laptop,janganlah merajuk,susah kanda memujuk. Setakat ini, devise inilah 'isteri' saya :) 'isteri' yang taat dan dengar kata. Yang sudi menterjemahkan kata-kata saya di'matanya'. Akhirnya mata saya juga yang bergenang :)


Memang Allah hanya meminjamkan sesaat sahaja waktu senang. Untuk melihat adakah hambanya mampu beramal diwaktu sibuk. Dicelah-celah menguruskan hal dunia diujinya dengan masa, banyak mana menyibukkan diri dengan urusan akhirat. Masa kosong yang diberikan bukanlah satu kerehatan. Kadang-kadang kita terlalu banyak masa kosong. Masa kosong inilah lama kelamaan mengosongkan jiwa kita dan akhirnya kita dibunuh oleh kekosongan. Saya amat bersyukur bila Allah mengosongkan waktu untuk saya. Kerana saya yakin kosongnya waktu bersama urusan dunia bermakna luangnya waktu bersama DIA. Allah mengirimkan berita bahawa jika kita mampu mencari Allah sewaktu masa sibuk,maka kita tentu merinduiNYA ketika kita luang. Mungkin masa luang begini saya perlu banyak berlatih menulis. Entahlah, saya rasa saya tidak pandai buat benda lain. Saya bukan berbakat dalam bidang penulisan, tapi bila dapat menulis satu kepuasan. Mungkin ini akan menjadi core bisnes saya untuk masa depan. Ayah saya pun memberi galakan untuk saya menulis. Menjadi penulis yang bisa menulis dan 'menghiris' hati-hati yang kesat.

Ayah saya seorang berjiwa halus dan puitis. Minatnya melimpah pada saya. Tapi bukan itu sahaja,dia pandai melukis dan melakar khat. Tapi saya tidak sampai kesitu. Ayah saya bukan jenis yang banyak berkata-kata,tapi melalui lukisan dan hasil tangannya,saya faham perjuangan ayah saya. Hati saya ketika ini amat merinduinya. Secara tidak langsung dia mengajar saya untuk belajar dengan seni. Tarbiyah seni tidak perlu berbicara tapi indahnya seni mampu memujuk jiwa-jiwa yang lara.

"ustaz, ayah saya ni tak turunkan ilmu lukisan kat anak-anak dia" terang saya pada ustaz yang berkunjung ke rumah.

"tak payah turunkan , pandai-pandailah panjat ambil sendiri"potong ayah saya ditepi ustaz itu.

Sekarang barulah saya faham dialog ayah saya 2 tahun yang lepas. Kesenian yang ada pada jiwa ayah tidak perlu diwariskan. Ia ada pada diri anaknya. Ayah suruh saya berusaha sendiri untuk menjadi pejuang. Pejuang yang tidak pernah putus asa dan tahu berusaha. Baru sekarang nasihat itu berbekas dalam jiwa saya.

Saat ini saya merindui ayah.

Masa semakin melingkar memamah usianya. Mata ayah tidak seterang dulu,jari ayah tidak setangkas dulu. Kudratnya sudah lama dimamah usia.Bukan zaman mencemburuinya,tapi itulah sunnah. Tapi jiwanya ada pada saya. Terasa hiba menegenagkan jasa seorang ayah yang membesarkan 10 orang anaknya. Telah kering air mata melayan kerenah anaknya. Namun air mata seorang ayah tidak akan jatuh melainkan dengan doa. Seingat saya, ayah dan motor kapcainya banyak berjasa. Terasa akrab hubungannya dengan motor itu. Bertahun-tahun berjasa bersama ayah. Kuhulu kehilir menghantar anaknya kesekolah,mencari rezeki, mencari kehidupan,mencari jiwa anaknya.Jiwa anak yang mana mampu membuatnya tersenyum gembira.

Saat ini saya merindui belaian ayah.

Hidup dalam keluarga yang tidak senang mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan. Kehidupan dan pengalaman adalah kitab tanpa kulit dan kertas tanpa dakwat. Kehidupan itu sendiri adalah guru.Doa saya pada pencipta ayah,agar jiwanya dikuatkan di hujung sisa hidupnya. Biarla dia tidak banyak berkata,tapi jiwanya biar ada pada saya. Agar keluarga dihiasi bunga2 keredhaan dan harumanya adalah anak-anak soleh. Ayah dan Ibu adalah pejuang kehidupan. Hiduplah bersama pejuang-pejuang ini agar kamu kenal siapa kamu.Siapa yang memilikimu.
"Ya Allah ampunkan dosaku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecilku"

Sehingga saat ini saya masih merindui jiwa ayah

Allah pemilik segala pejuang

Wednesday, July 9, 2008

Aku Ingin Berhijrah


Tanpa disedari hari hari yang menyusur kian mencabar. Melatih kita untuk lebih bersabar dan kekar. Sudah 4 hari saya membiarkan blog ini kosong tanpa entry. Kata orang kalau tinggalkan rumah selama 2 hari tanpa penghuni pun sudah boleh membiakkan sawang-sawang. Sepanjang tempoh 4 hari ini, saya sibuk dengan urusan course registration untuk semester baru. Yang memenatkan lagi adalah saya perlu membuatnya secara manual kerana saya sudah converted to IRK( islamic reveal knowledge) dari LAW. Proses untuk mengambil tandatangan pensyarah dan pegawai untuk approval amat meletihkan. Masa saya diheret sepenuhnya untuk proses ini. Bayangkan sudah seminggu masa berlalu saya masih belum boleh hadir ke kelas. Tapi tidak mengapa kerana usaha berbaloi. Iyalah, selama 1 semester iaitu bersamaan 3 bulan saya memujuk hati untuk sabar dalam kuliyyah undang-undang. Jiwa saya memberontak untuk bertukar ke IRK. Dan Alhamdulillah Allah mengizinkan untuk semester ini.Mungkin anda tertanya dan ramai kawan-kawan saya tertanya mengapa saya nekad untuk tukar kursus


" kenapa buat keputusan tak cerdik ni?"tanya seorang kawan dalam nada bergurau


Persoalan bergini melibatkan prinsip dan apa yang kita percaya pada diri kita. The result that reflect from our act indicating our principle.


Saya jenuh untuk menjawab soalan mengapa?kenapa?why? Ditambah pula pertanyaan disertai dengan keluhan. Namun ada juga sahabat-sahabat yang memberi sokongan. Mengapa saya akhirnya menukar haluan dari kuliyyah yang dikatakan antara yang top di UIA kepada kuliyyah yang dianggap biasa2 sahaja. Statement saya ini tidak silap. UIA dengan tagline universiti islam menyediakan pelbagai progran untuk pelajar undergraduate dan postgraduate. Proses islamisasi UIA memakan masa yang lama dan kursus-kursus yang ditawarkan pun sudak ke arah itu. Namun dalam pada itu kursus dalam IRK departmen seperti tidak menonjol. Selain mempunyai jumlah pelajar yang sedikit. Tidak ramai pelajar yang mengambil IRK sebagai menu utama sedangkan UIA ini berkiblatkan nuansa kegemilangan Islam. Ketika saya mengisi borang untuk menukar course, pointer requirement untuk bertukar kepada IRK mestilah tidak kurang 2.00 . Itu penanda aras bagi mana-mana pelajar yang berhasrat untuk memasuki IRK. Tidak perlu pointer yang cemerlang sudah boleh memijak kaki ke jabatan IRK ini. Sedangkan kursus lain menetapkan pointer yang tinggi untuk dilepasi. Kalau kita melihat pada sudut pointer requirement ini, seolah olah menggambarkan IRK tiada apa yang boleh dibanggakan. Meletakkan aras serendah 2.oo pointer seakan meletakkan kedudukan IRK serendah 2.00 pointer juga. Ini adalah pendapat peribadi saya.


Baiklah, menjawab pertanyaan rakan-rakan yang masih meletakkan tanda soal di kepala tentang penghijrahan saya ini. Saya ringkas menjawab


" my heart is not belong to law"


Namun selain jawapan ini saya mempunya stand saya sendiri. Ilmu Allah ini luas dan tersedia untuk sesiapa yang ingin mengecapinya. Melalui ilmu kita semakin kenal diri kita, dimana kekuatan kita, di mana kelemahan kita dan sebagainya. Proses belajar adalah proses membangun diri. Jadi bila kita mengecapi proses itu, hidup kita terasa bermakna. Baik, malangnya saya tidak kecapi perkataan2 'mengenal diri kita, mengenal kekuatan kita, dan membangun diri kita' sepanjang perjalanan saya di kuliyah tersebut. Maka saya perlukan kepada penghijrahan dan berlaku adil pada diri sendiri. Satu kepuasan bagi saya bila melihat kitab2 arab. Rasa 'geram' untuk melapah kitab2 itu. Namun ada faktor bersalah dalam diri saya.


Selama bertahun2 saya membiarkan ilmu2 tanpa di sampaikan kepada umum malah diamalkan. Sebagai pelajar yang belajar sekolah aliran agama, menghafal dan mengingat tiap2 helai kitab itu seperti perkara biasa. Kami memang di latih untuk mengingat nas-nas dan hujah-hujah. Bab ini kami juara. Tahu untuk apa? Ini semua untuk menghadapi peperiksaan. Berbulan2 kami mengulit kitab2 hadis, tafsir dan feqah hanya untuk dimuntahkan dalam satu transkrip soalan yang mengandungi beberapa helai kertas di dalam sebuah dewan selma 2 jam. Hanya untuk itu. Pap! saya menepuk dahi. Pengkhianatan apakah yang sudah saya lakukan ini. Kebimbangan menusuk jiwa saya. Yang menyedihkan jika dibelek kembali ingatan dan ditanya tentang apa yang dilumatkan dalam otak, terkial-kial untuk menjawab. Lebih merunsingkan lagi ini menjadi trend bagi pelajar2 disekolah. Penyesalan inilah yang mengheret saya untuk kembali hidup bersama-sama Ilmu-ilmu ini.


Ya Allah! muliakan aku dengan ilmumu. Ingatkan aku dengan bendaharamu. Kasihi daku dengan tarbiyahmu. Kurela terhina disisi manusia dari tidak terbela disisiMU. Kepada sahabat-sahabat ilmu Allah ini untuk yang mencari. Hati orang mencari Ilmu Allah ini seperti bejana yang mudah menakung titisan air yang jatuh. Ilmu Allah tidak akan tumbuh di hati2 yang penuh dengan lumpu-lumpur maksiat. Manusia yang beriman dimuliakan dengan ilmu tapi manusia yang lalai akan dihina dengan ilmu.


Allah pemilik segala ilmu :)

Saturday, July 5, 2008

Politik Berkulat jiwa rakyat Tenat dan Merempat



"Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai alibi dan saksi untuk menyokong keterangannya bahawa tidak berlaku kes liwat Khamis lalu, seperti yang didakwa dalam laporan polis terhadapnya." – berita harian

"Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan terbaru yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, seperti didedahkan dalam akuan bersumpah seorang penyiasat persendirian semalam, sebagai pembohongan yang amat dahsyat." – berita Harian

“I wish to retract the entire contents of my statutory declaration dated July 1 2008. I was compelled to affirm the said statutory declaration under duress,” said P Balasubramaniam
- New Straits Time



Hati saya terlalu berat dan kelu sebenarnya untuk menulis entry kali ini. Entah kenapa topik yang bakal dibincangkan ini terasa begitu menyempitkan dada. Iya, sejak isu tuduhan palsu ke atas DSAI hangat dan kencang diperkatakan jiwa dan akal saya terasa begitu terhiris, sebak dan sesak. Saya rasa semua rakyat Malaysia pun merasa begitu. Mengapa begitu? Terasa tangan ini ingin merembes segala komen dan kritikan. Terbersit rasa kecewa dalam jiwa saya. Mungkin anda juga merasa. Hati saya kali ini sakan merajuk. Langit Malaysia terasa begitu gelap dan mendungnya datang secara tiba2 namun lambat rasanya ia beredar.

Boleh dikatakan semua blog dan penganalisis tidak leka dengan isu ini. Anda boleh mengutip setiap kritikan dan feedback dimana2 blog. Ada yang menghentam, ada yang membela ada yang mencucuk mencetus bara. Untuk ruang blog saya ni, saya tidak akan berbicara dari sudut survival politik atau mewakili mana2 parti politik. Saya mahu berbicara dari sudut tarbiyah dan muhasabah.

Kenyataan2 dari Dato' Sri Anwar Ibrahim, P Balasubramaniam dan Datuk Sri Najib sengaja saya pastekan di sini. Buat penilaian pada sebuah kekeliruan. Kekeliruan inilah yang menyesakkan dada saya. Mana satu yang betul?Mana satu yang tolol? Siapa pula yang menjadi lurus bendul?

Semasa media melaporkan tuduhan Saiful Bukhari ke atas DSAI hati saya sudah muak. Membayangkan satu lagi penipuan ke atas mantan timbalan PM ini. Mungkin satu konpsirasi politik yang jijik. Saya tidak melatah tapi menusuk kecewa kerana kenapa tuduhan li***?(jijik untuk menyebut). Membuat tuduhan itu pun sudah satu dosa besar jika benar-benar ia tidak berlaku( kes masih dalam siasatan). Sejak akhir2 ni ramai yang berdiri ingin membuat tuduhan dan tidak segan silu memfitnah. Hati saya masih lagi bergelora remuk. Seakan remuknya hati rakyat Malaysia pada 1998. Tuduhan yang sama ke atas DSAI. Cuma bezanya kali ini tuduhan bukan dibuat dari oleh orang menteri tapi seorang 'budak' yang baru belajar berpolitik. Kepercayaan saya semakin goyah pada keputihan politik Malaysia. Sudak terbobrok.

Yang menyesakkan lagi nafas dan menghilangkan selera makan saya, adalah selepas P Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang menyatakan Datuk Sri Najib ada mejalinkan hubungan dengan mangsa bom Altantuya Syaribu. Maknyanya DSN terlibat dalam kes pembunuhan itu. Akuan itu cuba mengheret DSN dalam kes ini. Hanya sehari selepas itu P Balasubraniam menarik balik akuan berkanun itu dan mengatakan akuan itu dibuat kerana dia berasa tertekan. NST memetik akuan itu sebagai inaccurate dan incorrect. Tertekan kerana apa?kerana apa?


“I wish to retract the entire contents of my statutory declaration dated July 1 2008. I was compelled to affirm the said statutory declaration under duress,” said P Balasubramaniam - New Straits Time


Inilah mengeruhkan keadaan. Kenapa akuan berkanun ini timbul semasa tuduhan ke atas DSAI tercetus. Adakah ingin mengalih perhatian atau mempertahankan. Dan kenapa Bala selepas sehari menukar 'pendiriannya'. Membuat keadaan lebih kalut dan mengarut. Dan saat saya menulis entry ini TV3 melaporkan Bala menghilangkan diri. Situasi DSAI difitnah sodomy, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun dan menarik balik akuan itu penuh konspirasi. Malaysia akhir-akhir ini sudah berkulat dengan konspirasi. Hati saya bengik dan terhiris. Kenapa sekarang?

Wajah politik Malaysia sudah tercalar dengan fitnah. Hati-hati penduduk lesu kerana atmosfera memfitnah dan menuduh dikalangan ahli politik melemaskan mereka. Lemas sangat.Kerana fitnah sedang berleluasa di Malaysia. Fitnah seakan menjadi perisai dan jalan keluar kepada kepentingan beberapa ahli politik. Yang membuatkan ahli politik ini menjadi ahli hipokrik. Memang ini memberi kesan kepada rakyat. Jatuhnya maruah rakyat disebabkan jatuhnya maruah negara dan jatuhnya maruah negara disebablan rendahnya akhlak dan maruah pemimpin. Saya sebagai rakyat jati Malaysia begitu jelek dengan keadaan ini. Ini tidak menguntungkan rakyat.

Dimana ulamak? Dalam kemelut yang melibatkan maruah dan harga diri, di mana ulamak untuk mengimbangi? Membersih seperti air mutlak? Isu ini dicetuskan oleh orang islam dalam negara majoriti muslim maka ulamak harus berdiri menyelesaikanya.

Mujur ada juga suara dari seorang mufti dan tok guru memberi cadangan supaya 'mangsa' li**t dan mangsa tuduhan li**t ini bermubahalah. Dan ini disokong oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dalam keratan akhbar


MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam. Melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah – KL pos


Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga menyeru agar semua umat islam di Malaysia kembali kepada ISLAM dan al-Quran dijadikan perlembagaan dan penyuluh. itulah penyelesaiannya. Bala fitnah apa kah ini?


Mari kita renung dengan mata hati apa yang ingin disampaikan Allah dalam ayat ini:


Hujurat:6
Jika datang kepada kamu orang yang fasik ( jahat) membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak membuat sesuatu kepada kaum lantaran tidak tahu, lalu kamu akan menyesal atas apa yg kamu kerjakan.


Jangan kita nanti menyesal dengan apa yang dikerjakan. Jangan kita menyesal kerana dengan tindakan ini umat ISLAM berpecah belah. Semua kita faham apa itu berpecah. Kepada pemimpin yang masih lagi larut dengan provokasi,semaklah semula maksud berpecah belah. Bila sudah bergolongan, Islam sukar untuk berdiri. Usaha dakwah dan tarbiyah akan mereput dalam ego pemimpin.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya Allah menyukai tiga hal dan membenci tiga hal. Tiga hal yang disukai Allah adalah :
* Menyembah hanya kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apapun.

* Berpegang eratlah kalian semua dgn tali Allah dan jangan berpecah belah.

* Saling memberi nasihat terutama antara pemimpin dan rakyat.


Dan tiga hal yang dimurkai Allah adalah :

* Mempercayai isu/berita yang tak jelas kebenarannya.

* Bertanya yang tidak pada tempatnya.

* Berbuat mubazir atau berfoya-foya.” (Ibnu Katsir, 2/83; Shahih Muslim; 1715).


Dengan isu ini,remaja dan rakyat yang cuba dekati islam akan keliru dan resah. Semua tertumpu pada isu jelek ini dan akhirnya melupakan rakyat yang dahagakan tarbiyah. Sedangkan Allah memberi kuasa sebagai amanah untuk tegakkan ajaranya,untuk membina jiwa2 hambanya,untuk takut kepadaNya.Politik tanpa tarbiyah adalah sampah. Sedangkan itulah tujuannya. Selepas isu minyak isu ini pula timbul(mengikut rating paling popular). Isu semakin menggebu. Tapi kenapa kita tidak gebukan isu dan persoalan untuk membantu mat-minah2 rempit, mangsa rogol,rakyat merempat dll. Golongan inilah yang patut diberi keutamaan. Rakyat menuntut pembelaan jiwa. Pemimpin mendera jiwa rakyat dengan keringnya usaha dakwah. Hasilnya musuh2 kita yang sebenar ketawa berdekah2. Suka hati melihat anak2 muda hilang akidah, pemimpin rendah maruah dll. Seperti kucing hilang gigi tikus tergelak sambil menari. Tiada keizzahan.

Jadi kepada anda dan mereka yang masih mengambil kesempatan dalam isu ini untuk menghentam, mengata,melabel dan seangkatan dengannya. Hentikanlah. Isu ini perlu diselesaikan dengan jernih. Tumpukan pada anak-anak, saudara mara dan masyarakat kita. Kitalah yang patut membuat akuan berkanun ke atas syaitan. Kerana makhluk inilah pemfitnah paling besar. Berjaga2lah dengan musuh yang nyata ini. Ingat di akhirat kelak ada 73 golongan umat islam. Dan hanya satu golongan sahaja yang akan ke syurga iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menuduh dan menfitnah dan mengata serta menjatuhkan maruah bukan acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka bedah siasatlah kita berada dalam golongan mana?

Dan untuk isu dan tuduhan ke atas DSAI dan DSN biarlah Allah yang menjelaskannya. Kita mendoakan agar Allah menegakkan keadilan dan mengheret wajah2 disebalik konspirasi ini ke medan keadilan. Allah Maha Adil dan keadilan itu datang dariNYA. Mungkin ini satu teguran kepada kita semua. Selama ini kita terlalu taksub berpolitik dan berpolimik ingin menegakkan islam di bumi ini. Tapi kita lupa dan leka untuk menegakkan Islam di hati kita. Kita pasak tapak,tapi kita tidak bangunkan islam di atasnya. Itulah lebih buruk dari konspirasi. Jelas menjelekkan kita melekakan diri kita. Pernah anda terasa semakin lama anda berjuang semakin jauh anda dengan Allah, akidah rakyat entah kemana. Maka kembalilah kepada fitrah. Allah tidak menjadikan sesuatu ujian itu sebagai sia2. Ujian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah tarbiyah dari Allah. Kita tidak mampu untuk menjaga seluruh jiwa rakyat. Sebagai pemimpin, taqarrublah dengan Allah.Bangun malam bertahajud dan pohonlah pada Allah untuk bantu kita menjaga masyarakat.


Please! Islam sudah lama menangis..

Friday, July 4, 2008

"Assalamualaikum encik"




Bila ingatkan balik peristiwa ini,bertandang rasa lucu dan 'terkantoi'. Apa agaknya reaksi anda bila terkantoi dengan polis. Natijahnya tak pasal2 dapat card 'birthday' :) Bukan free tapi kena bayar. Memang pun pasal saya disaman dalam satu kejadian roadblock di suatu malam pada pukul 10.pm. Malam tu entah angin apa yang berkumpul dalam perut sampai terasa lapar. Saya tanpa segan silu terus lompat ke atas motor dan menuju dan melaju ke kedai. Kedai makan tu dekat je dengan rumak kakak saya. Sempat buat 2 3 lap (perlahan je) tup2 ada polis buat sekatan kat depan. Kantoi! memang panas2 la saya kena saman pasal saya tak pakai helmet plus tak ada lesen :).. Saya buatlah muka selamba dan tenang. Padahal jantung saya dah berdegup 80km/j. Tapi disebabkan jantung saya berdegup laju maka otak memberi isyarat pada sel2 untuk mengeluarkan hormon ' penenang.'




Maka ramailah yang disekat selain saya. Tapi sebelum seorang polis mengarahkan saya ke tepi, sempat saya bagi salam

"Assalamualaikum encik"

"dari mana bang?" tanya polis tu.(dia panggil saya abang walaupun dia lebih tua,tersengih saya)

"dari flat atas sana. nak turun cari makanan kat kedai bawah" jawab saya mesra

"mintak ic, lesen ada?"

sambil saya keluarkan ic saya kata " lesen tak ada encik"

"tak bawa ke memang tak da lesen"soal polis tu

dengan hati separuh tergelak saya jawab

" ehem, memang tak da lesen. pasal saya tak guna motosikal. motor ni abang ipar saya punya"



Polis itu pun mengambil Ic dan roadtax untuk diperiksa. Saya sabar menunggu. Pasal polis tu sedang menulis surat 'layang' seorang lagi budak motor.
Seorang polis menghampiri budak motor. Biasala disoal dan disiasat.

" Mana side mirror motor kau ni?" tanya polis

" eh, pecah la bang" jawapan back up

" tak payahla kau nak kelentong, kau ingat cakap ngan budak ke? Kau umur berapa?"


Dengan muka gelabah sebab terkantoi budak motor ni jawab.

"19 tahun"

" hah tau pun, bukan budak2 lagi nak kelentong2" marah polis tu


Itulah serba sedikit dialog yang saya dapat tangkap. Kini tiba giliran saya. Saya mendekati polis tu. Setiap soalan saya jawab dengan jujur. Tak ada guna nak kelentong. Komunikasi saya dengan polis tu berjalan dengan lancar. lemah dan lembut. tiada suara ditinggikan. Saya pun tidak terasa malu dan resah. Kami sempat berbual mesra :) Dia sempat tanya saya belajar kat mana,ambil kos apa. Saya memberi respon menyebabkan dia nak mendengar dan bagi feedback. Tangan dia cepat je menulis 'surat' saman tu.

'Pertemuan' selama 10 minit itu telah berjaya menyelamatkan saya. walaupun tidak semua tapi separuh. Tahu kenapa?


" sepatutnnya saya saman awak 2 kesalahan, tak ada lesen dan tak pakai helmet. Tapi tak pelah saya saman tak da lesen je" terang polis tu

Hati saya dah berbunga dah masa tu. Ialah 1 kesalahan 'dilupakan'. Selamat duit poket sebelah kiri,sebelah kanan conform akan hangus lepas ni.
Sebelum beredar saya sempat ucapkan terima kasih dan bagi salam.


Tahu tak apa pengajaran dari peristiwa ini. Itulah sihir komunikasi.Mulakan perbicaraan dengan bagi salam dahulu. Kerana salam itu mendoakan. Dan semua orang suka didoakan .Saya tak kata saya ni pandai berkomunikasi. Tapi malam tu saya agak bermulut manis. Saya ambil kesempatan masa dia mencatat saman untuk berbual2. Create temporary relationship. Dan bila disoal jawablah dengan jujur. Jangan sesekali kita mencari ruang untuk menipu. Kerana aura penipu jelas terpancar pada muka penipu. Jadi bersikap jujur boleh menyejukkan keadaan dan merubah keputusan.




Allah pemilik segala HATI :)